PANDUAN LENGKAP PINDAH MILIK HARTANAH




Masih ramai yang tidak tahu bagaimana untuk memohon penukaran pindahmilik hartanah tanpa perlu menggunakan khidmat Ejen Hartanah.

Jika anda diberikan sesuatu hartanah oleh ahli keluarga atau sesiapa sahaja, anda boleh menukar hak pemilikan hartanah tersebut dengan sendiri bagi menjimatkan kos.

Tahukah anda, sesuatu dokumen hak pemilikan atau geran hartanah adalah seperti Kad Pengenalan / Sijil Surat Beranak.
Penama yang tercatat dalam geran adalah pemilik hak mutlak hartanah walaupun bayaran telah dibuat atau hartanah diusahakan oleh individu lain.

Sekiranya pembelian menggunakan pinjaman bank atau tanah tersebut masih digadaikan oleh pihak bank, kebiasaannya melibatkan urusan bersama peguam.

Bagi hartanah atau rumah yang berstatus Strata atau bukan hartanah Standard, ianya berbeza dan mengambil masa kerana melibatkan permohonan kebenaran dari Kerajaan negeri. Setiap negeri mungkin berbeza dari segi syarat-syaratnya.


Secara umumnya, urusan penukaran atau pemindahan Hakmilik di Malaysia diuruskan di Pejabat Tanah dan Daerah / Galian di Malaysia.


Terdapat 3 langkah prosedur pindah milik;
(i) Proses Penyaksian
(ii) Proses Taksiran Duti Setem LHDN
(iii) Proses Pendaftaran / Geran di Pejabat Tanah
(i) PROSES PENYAKSIAN
=====================

Proses penyaksian adalah menggunakan Borang 14A Kanun Tanah Negara (PINDAH MILIK TANAH / BAHAGIAN / PAJAKAN) yang boleh diperolehi secara percuma di Pejabat Tanah. Borang ini perlu diisi oleh penama pembeli / penerima dan penjual / pemberi yang tercatat nama dalam geran.


Proses penyaksian boleh dilakukan di hadapan peguam(dikenakan bayaran) atau pegawai Pentadbir (percuma).
Jikalau geran berstatus Tanah Simpanan atau Rezab Melayu, penyaksian mestilah di hadapan pegawai pentadbir tanah. Paling penting pembeli / penerima dan penjual / pemberi mestilah hadir bersama semasa penyaksian dalam borang ini dilakukan.
Semasa kaedah penyaksian dilakukan, pastikan beberapa dokumen penting dibawa sekali. Dokumen tersebut adalah:-

a) Kad Pengenalan kedua belah pihak.
b) Geran Hakmilik ASAL.
c) Borang 14A (Wajib diisi dengan PEN DAKWAT HITAM SAHAJA). Tidak boleh dipadamkan dengan liquid.
d) Sijil Kelahiran Asal jika melibatkan hartanah Rezab Melayu.
e) Surat Pemegang Amanah (jika berkaitan).
f)  Lampirkan Surat Kebenaran Pindah Milik /Gadaian jika geran tercatat adanya Sekatan-Sekatan Kepentingan atau Kaveat.

Selepas kesemua lampiran di atas telah disemak dan disahkan benar, borang 14A tersebut akan ditandatangani oleh pembeli / penerima dan penjual / pemberi serta peguam / pegawai Pentadbir Tanah.


Info tambahan: Bawa bersama Borang Taksiran LHDN untuk ditandatangani oleh pembeli / penerima.
.............................................................................
(ii) PROSES TAKSIRAN DUTI SETEM LHDN
===================================
Proses Penyaksian dan proses Taksiran Duti Setem ini boleh dilakukan pada hari atau masa yang sama. Tetapi proses ke-2 ini mengambil masa kebiasaannya 1-2 minggu untuk selesai.


Proses taksiran memerlukan pembeli / penerima dan penjual / pemberi mengisi dan menandatangani Borang Permohonan Taksiran Pindah Milik Hartanah (Borang PDS 15).


Proses tandatangan hendaklah dilakukan semasa pembeli / penerima berkumpul untuk menandatangani Borang 14A.
Borang PDS 15 ini boleh diserahkan oleh sesiapa sahaja atau wakil ke pejabat LHDN.
.............................................................................
Dokumen penting yang perlu diserahkan adalah;
1) Borang PDS 15 yang diisi dan ditandatangani pembeli / penerima dan penjual / pemberi (Pastikan alamat surat-menyurat pembeli / penerima betul kerana surat taksiran LHDN akan dihantar ke alamat tersebut).
2) Salinan Borang 14A.
3) Salinan Geran.
4) Salinan Kad Pengenalan semua pembeli penerima dan penjual / pemberi.


Setelah ianya diserahkan, anda perlu menunggu surat Notis Taksiran Pindah Milik Harta Tanah yang menyebut berapa nilai harga duti setem yang anda perlu bayar kepada LHDN. Surat tersebut akan sampai kepada anda dalam tempoh 1-2 minggu selepas penyerahan.
Anda juga boleh menyemak status sama ada taksiran hartanah tersebut sama ada sudah selesai atau belum secara talian atau online di laman web Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta (JPPH) dengan memasukkan no. adjudikasi atau No. kad pengenalan anda untuk mengetahui status.


Kiraan jumlah Duti Setem LHDN yang dikenakan untuk pemindahan Hakmilik hartanah adalah seperti berikut
Nilai Taksiran Peratusan Duti Setem;
- RM 100,000 pertama 1%
- RM 100,001 hingga 500,000 2%
- RM 500,001 dan ke atas 3%
Rujuk kalkulator pengiraan di sini: http://www.jpph.gov.my/V2/kira_dutisetem.php?versi=2
.............................................................................
Seterusnya anda dikehendaki membayar Duti Setem di pejabat LHDN dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis tersebut.

Duti Setem boleh juga dibayar secara online dengan mencatatkan No. adjudikasi taksiran tersebut. Anda boleh mencetak Sijil Setem untuk diserahkan kepada Pejabat Tanah nanti.

Sekiranya berlaku kelewatan pembayaran, anda dikenakan penalti di bawah Seksyen 47A, Akta Setem 1949 sebanyak RM25.00 atau 5% daripada nilai Duti, yang mana lebih tinggi jika disetemkan dalam tempoh 3 bulan selepas tempoh masa untuk setem.

Penalti akan bertambah sekali ganda jika dibuat selepas tempoh 3 bulan tetapi sebelum 6 bulan daripada masa tersebut.

Jika selepas 6 bulan penalti akan bertambah sekali ganda lagi. Sebaiknya setelah menerima surat tersebut, segeralah membuat bayaran Duti Setem (penyeteman).

Info Tambahan: Semasa menunggu surat notis taksiran LHDN ni tiba, pembeli / penerima dan penjual / pemberi boleh menguruskan dokumen-dokumen lain yang diperlukan dalam proses ke-3 nanti.

Antaranya adalah bil bayaran Cukai Tanah Tahun Semasa dan Cukai Taksiran (Pintu) Tahun Semasa atau surat / resit pengesahan Majlis Perbandaran.

Lebih banyak dokumen perlu disediakan jika pindah Hakmilik melibatkan hartanah syarikat, pertubuhan, Pemegang Amanah, Surat Kuasa, Pihak berkuasa negeri (low cost), gadaian dan kaveat.

.............................................................................

(iii) PROSES PENDAFTARAN / GERAN DAN PEJABAT TANAH

=======================================

Proses ini dibuat di Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftar di mana Hakmilik hartanah tersebut dikeluarkan.
Ia melibatkan penyerahan dokumen-dokumen berkaitan kepada pihak Pejabat Tanah sebelum Geran baru / perubahan dikeluarkan / dilakukan. Dokumen boleh diserahkan oleh pembeli atau wakil.
Dokumen asas yang perlu diserahkan adalah seperti berikut;
a) Borang 14A asal.
b) Hakmilik / Geran asal.
c) Sijil Setem LHDN.
d) Notis Taksiran LHDN asal.
e) Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang pembeli / penerima.
f) Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang penjual / pemberi.
g) Salinan resit / bil Cukai Tanah Tahun Semasa.
h) Salinan resit / bil Cukai Taksiran (Pintu) Tahun Semasa atau surat/resit pengesahan Majlis Bandaran.
Cukai Tanah Tahunan Semasa boleh disemak di Pejabat Tanah. Cukai-Cukai Taksiran (Pintu) Tahunan Semasa pula boleh diambil di Majlis Daerah / Bandaran.

Jika hartanah tersebut belum dikenakan Cukai Pintu, sila dapatkan surat pengesahan tersebut daripada Majlis Daerah / Bandaran.

.............................................................................

Sekiranya pindah Hakmilik melibatkan hartanah tertentu atau individu khas, beberapa dokumen tambahan perlu disertakan. Iaitu;
a) Sijil Kelahiran pembeli / penerima - jika melibatkan Tanah Rezab Melayu.
b) Surat Pemegang Amanah (jika melibatkan bahagian tanah tidak mencukupi atau penerima tidak cukup umur).
c) Salinan Surat Kuasa Wakil dan berdaftar di pejabat tanah (jika melibatkan kuasa tertentu).
d) Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Negeri (jika melibatkan pihak berkuasa negeri seperti pembelian rumah kos rendah).
e) Surat Kebenaran Pemegang Gadaian - jika melibatkan hartanah yang masih digadai
f) Surat Kebenaran Pemegang Kaveat (jika melibatkan hartanah yang ada sekatan Kaveat).
g) Salinan Surat Nikah / Daftar Perkahwinan (jika pindah milik melibatkan suami isteri).
h) Salinan Sijil Kelahiran (jika pindah Hakmilik melibatkan anak-beranak / adik-beradik).
i) Jika pindakmilik melibatkan hartanah syarikat (lebih banyak dokumen disediakan melibatkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), memorandum serta Article).
j) Jika pindak Hakmilik melibatkan pertubuhan (lebih banyak dokumen disediakan melibatkan carian Pendaftar Pertubuhan (ROS), senarai AJK, Akta Perlembagaan pertubuhan serta minit mesyuarat berkaitan).

Setelah dokumen-dokumen disemak olejlh pegawai Pejabat Tanah, anda dikehendaki menjelaskan bayaran pendaftaran pindah Hakmilik yang jumlahnya (bagi negeri Selangor) adalah seperti berikut :
Nilai Taksiran Jumlah Bayaran;
RM50,000 pertama = RM50
RM50,001 - RM200,000 = RM200.00
RM200,001 - RM500,000